Tuesday, December 28, 2010

Gas Turbin




Turbin gas, juga dipanggil sebagai turbin pembakaran merupakan sebuah enjin putar yang mendapatkan tenaga daripada aliran gas yang dibakar. Pemampat huluannya digandingkan dengan satu turbin hiliran, dan ruang pembakaran terletak di tengah-tengahnya.
Tenaga ditambah ke dalam aliran gas di dalam pembakar, di mana udara dicampurkan dengan bahan api dan dibakar. Pembakaran akan meningkatkan suhu, kelajuan dan isipadu aliran gas. Ia akan diarahkan ke muncung melalui bilah-bilah turbin, memutarkan tubin dan menghidupkan pemampat.

Kebaikan turbin gas

Nisbah kuasa-kepada-berat yang sangat tinggi, dibandingkan dengan enjin salingan;
Saiz lebih kecil berbanding enjin salingan bagi kuasa yang sama.
Bergerak hanya dalam satu arah, menghasilkan getaran yang kurang berbanding enjin salingan.
Kurang bahagian bergerak berbanding enjin salingan.
Tekanan operasi rendah.
Kelajuan operasi tinggi.
Kos dan penggunaan minyak pelincir rendah.

Keburukan turbin gas

Kos lebih mahal daripada enjin salingan bagi kuasa yang sama disebabkan bahan-bahan yang digunakan mesti kuat dan tahan panas. Pembuatannya juga lebih sukar;
Biasanya kurang cekap berbanding enjin salingan, terutamanya semasa pegun.
Lambat bertindak balas terhadap perubahan dalam set kuasa.

2 comments:

Lady of Kura - kura said...

h0h00h0 pe neiyg abg? ne eca fhm, ahhahaha~

suara_pemuda said...

hahaha~
tuh laa Turbine..
mcm2 turbine ni digunakan,
contoh terdekat cm enjin kapal terbang.. :)