
Pada Tarikh 18 Ogos 2008.. Rasa sebak diri ini.. Pabila melihat sekeping surat menyatakan bahawa dirinya telah memeluk agama Islam.. Tidak terkata bagi ku.. Kilauan mataku mula bersinar,menahan diri daripada titisnya air mata.. "Alhamdulilah!" itu lah ungkapan yang terlintas di hati kecil ini.. Hidayah yang diKAU berikan kepadanya memberi Maksud sebenar terhadap-ku.. Dahulunya dia adalah kawan dan gurauan bagiku, kini diri ku menerima seorang saudara seumat ku.. Kehadirannya dalam ISLAM,memberi maksud yang tersirat bagi ku..
Bertapa kecilnya dan jahilnya aku terhadap diri ku yang sejak dilahirkan sudah digelar Seorang ISLAM.. aku hanya terpegun dan tergamam pabila dia menyatakan RUKUN ISLAM & RUKUN IMAN satu per satu.. Apakah makna disebalik perkataan ISLAM? adakah anda boleh menyatakan rukun ISLAM dan rukun IMAN secara fasih?? Adakah anda boleh menjawab Persoalan diatas dengan yakinnya?? tanya lah diri anda sendiri, tanya dimana kedudukan anda sekarang, dimana sejak dilahirkan lagi anda telah diberi bimbingan daripada kedua ibu bapa anda.. Mungkin anda dapat menyatakan setiap satu rukun ISLAM & rukun IMAN, tetapi adakah anda benar-benar memahami maksud kandungannya? adakah anda mengamalnya?? Apakah ertinya anda Seorang beragama ISLAM,jika anda sendiri tidak begitu yakin menjawabnya..
"Telah datang seorang bijak di hadapan rumah seorang lelaki. Orang bijak itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Orang bijak itu bertanya kepada lelaki tersebut 'Kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini??' Jawab lelaki tersebut' Aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yang tersangat lemah & kedinginan , kemudian aku mengambilnya & memberinya makanan serta minuman.
Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi sesudah kucing itu sihat ,ia membuang najis/kotoran pada semua tempat di rumahku. Kemudian berkatalah si orang bijak : 'Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dgn Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yg tersangat lemah & daif, lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala2nya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita rasakan, kita derhaka kepadaNYA dan tidak melaksanakan perintahNYA dan belum ikut cara hidup kekasihnya yaitu Rasulullah . Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNYA,Dia masih belum menyeksa atau memukul kita dgn azabNYA.'
Kemudian pergilah orang bijak itu dan beristighfarlah lelaki tersebut krn mengenang dosa2nya terhdap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh orang bijak itu, sudah tentu dipertanggungjawabkn atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak krn telah mencoba menyiksa kucingnya.. "
Wahai rakan-rakan pembaca, kehadiran saudara baru ku yang baru memeluk agama ISLAM,telah memberi makna yang mendalam kepada ku, bertapa jahilnya diri ku ini terhadap-MU YA ALLAH.. " Ya Allah jadikan pada kami,kebahagian di dunia serta kebahagian di akhirat,hindarkan kami dari azab NERAKA! "
No comments:
Post a Comment