Tuesday, July 5, 2011

APERTURE , SHUTTER , ISO



APERTURE

FUNGSI :-
Mengawal pembukaan lensa kamera

ANGKA KECIL
angka kecil(aperture besar) membenarkan banyak cahaya masuk

ANGKA BESAR
angka besar (aperture kecil) menyekat cahaya masuk


SHUTTER

FUNGSI :-
mengawal masa untuk sensor mendapat cahaya

ANGKA KECIL
angka kecil (masa singkat)menyekat kemasukan cahaya, menyebabkan subjek kaku

ANGKA BESAR
angka besar (masa lama)membenarkan banyak cahaya masuk, menyebabkan subjek yang sedang bergerak itu blur


ISO

FUNGSI :-
mengawal sensitiviti terhadap cahaya

ANGKA KECIL
kurang sensitif(gambar gelap)

ANGKA BESAR
lebih sensitif(gambar cerah)

Friday, April 15, 2011

Wednesday, March 16, 2011

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


beratkan?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :


Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:


1. ibunya , 2. isterinya , 3.anak perempuannya , dan 4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 2. ayahnya, 3. anak lelakinya dan 4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -


Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.


Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat


Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa



AMIN.

Surah Al-Munaafiquun : Ayat : 9 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. Ayat : 11 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

pergi.. go.. cau.. poh..

yaaa..kerana terlalu merasa nak tulis, aku tulis jugak kat sini.. dah lama tak taip2 nie..actually,aku nak luah sikit jer ape yg aku rase..aku rasa bosan..tuh jer..bosan sgt..asyik2 degan rutin yg sama..lagi2 mood tak brape ok sjak2 ni..smua ase geram + menyampah..nvm..tak pe laa..ikut laa..tak tahu nak tulis ape da..tp cbe nak mnulis jugak..ta tahu knape..yer laa.. kat fb skang tak leh bebas nak mnulis daa..nnt ade jer salah paham..tesion2..so,baik tak yah berkawan or on9 fb daa..tah pape tah..ape laa nasib..hurm..




aku nak bebas laaa... ase terkogkong! huhh!

dah laa. betri ak kong. nak out.. thx.. 2% jer lega nie. kire ok laa tuh.. thx

Monday, January 17, 2011

myMetro | Akademik bukan lagi ukuran utama

SEJAK sekian lama, kita sering disogokkan kepentingan pencapaian akademik bagi menilai kemampuan individu hingga lupa kehendak dunia semakin kompetitif dan selektif.

Jika tertera cemerlang cerahlah masa depan, namun jika sebaliknya, mereka dilemparkan pelbagai tanggapan negatif.



PERSAINGAN SENGIT...persaingan sengit dunia pekerjaan memerlukan graduan lebih berdaya saing, berkemahiran, inovatif serta berani menyahut cabaran, bukan hanya meletakkan pergantungan pada keputusan akademik semata-mata.


BUKAN UKURAN...kejayaan menamatkan pengajian bukan ukuran sebenar graduan jika mereka tidak mampu menunjukkan persaingan positif dalam dunia pekerjaan.


BANYAK PILIHAN...majikan kini mempunyai banyak pilihan, mereka yang menepati kualiti saja bakal diterima.


PERLU BERUBAH...mahasiswa perlu berubah dengan tidak menjadi terlalu fokus pada satu aspek semata-mata sebaliknya menguasai pelbagai kemahiran lain.


CARI MAKLUMAT...menerusi kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi pelbagai maklumat boleh diperoleh, justeru terpulang pada pelajar berusaha mengubah diri sejajar keperluan dunia globalisasi.

Bagaimanapun, selari perubahan masa serta keperluan pendidikan global, pencapaian akademik bukan lagi ukuran utama sebaliknya perlu disokong aspek modal insan serta kemahiran diri.

Gabungan dua aspek ini mampu melahirkan golongan graduan mantap pencapaian akademiknya malah berdaya saing, inovatif serta berani menongkah arus dunia pekerjaan yang mencabar.



Malangnya, masih ada yang enggan menerima persepsi itu walaupun tahu kepentingannya.


Yang teguh di fikiran mereka hanyalah penilaian kejayaan perlu bersandarkan akademik.

Justeru, timbul persoalan, selama manakah kita harus mempertaruhkan pencapaian akademik dalam membangunkan nilai komersil pendidikan untuk masa depan?

Presiden Management and Science University (MSU), Profesor Datuk Wira Mohd Shukri Ab Yajid, berkata sebagai sebuah masyarakat yang kini memasuki era perubahan global, perlu menilai kejayaan daripada pelbagai sudut supaya mampu mencakupi keperluan yang diperlukan negara.

Beliau berkata, dengan hanya memberi tumpuan pada satu aspek, keberhasilan melahirkan golongan individu berjaya bakal menghadapi jalan sukar kerana kebergantungan diletakkan pada aspek tertentu.

Malah, selaras dengan gagasan Model Ekonomi Baru (MEB), peranan institusi pengajian tinggi tidak terhad kepada pembinaan generasi cemerlang akademik saja sebaliknya berteraskan perkembangan inovasi, kreativiti dan penjanaan nilai tinggi bagi melonjakkan ekonomi Malaysia bersaing menjadi negara maju.

“Dalam melaksanakan pencapaian kejayaan, konteks itu perlu dilihat secara menyeluruh, bukan kepada aspek sedia ada. Akademik penting tapi dunia pendidikan kini memerlukan momentum pendidikan baru.

“Akademik bukan lagi dilihat sebagai pengiktirafan utama, ia perlu mempunyai sokongan lain yang boleh memantapkan peluang graduan itu diterima di kalangan pesaing.

“Masyarakat perlu menyedari, pendidikan hari ini dalam frasa perubahan sangat pantas. Banyak yang bakal diambil kira; pencapaian, modal insan, keberhasilan diri dalam melaksanakan tugasan dan kemahiran diri bagi mengiktiraf kejayaan graduan,” katanya.

Pengenalan modal insan yang diterapkan kerajaan hampir sedekad lalu dilihat sebagai asas dan tindakan proaktif pelbagai pihak untuk menyaingi keperluan dunia pekerjaan bertaraf global.

Dengan tidak hanya menjadikan pencapaian akademik sebagai pengukur utama, kepelbagaian aspek diterapkan secara berperingkat bertujuan mengubah pandangan masyarakat agar mementingkan keperluan lain yang diperlukan industri.

Menurutnya, dengan memberi penekanan terhadap aspek itu, graduan bukan saja bakal diperakui kerana pencapaian akademik malah sokongan pencapaian lain.

Malah katanya, ia adil bagi mereka yang tidak mempunyai pencapaian akademik yang baik namun mempunyai kemahiran tertentu diperlukan industri.

“Dalam menilai ukuran kemampuan dan kejayaan graduan, selalunya masyarakat terlupa ada beberapa faktor yang tidak memungkinkan graduan berkenaan keluar dengan keputusan akademik cemerlang.

“Bagaimanapun, mereka mempunyai kelebihan dalam aspek lain, antaranya kemahiran berbentuk praktikal. Ini juga satu pencapaian kerana turut dicari pihak industri.

“Dalam usaha merealisasikan impian negara maju, semua aspek dianggap penting kerana bertujuan melengkapi kekurangan antara satu sama lain.

“Institusi pendidikan negara sebagai wadah sumber tenaga kerja perlu akur dan bersedia menghadapi perubahan ini,” katanya.

Katanya, institusi pendidikan perlu peka dan berubah untuk membantu ‘menyelamatkan’ graduan daripada ditimpa masalah ini.

“Masyarakat terutama ibu bapa juga perlu bertindak dan membuka minda. Jika anak tidak cemerlang dalam akademik, jangan kecewa kerana mungkin ada kemahiran lain.

“Persepsi dan minda perlu diubah kerana matlamat sistem pendidikan hari ini untuk melahirkan insan berilmu dan ilmu itu sendiri tidak hanya akademik malah merangkumi banyak aspek,” katanya.

Beliau menggesa mahasiswa menggunakan peluang diberikan institusi untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan global.

“Mahasiswa perlu melihat setiap program kemahiran dan modal insan itu peluang keemasan yang boleh dimanfaatkan pada masa depan.

“Bagaimanapun, kepentingannya diperlukan ketika memasuki alam pekerjaan. Perbezaan antara mahasiswa yang hanya bersandarkan akademik dengan kemahiran jauh berbeza.

“Majikan hari ini mempunyai banyak kelebihan memilih pekerja, jika tidak mampu mengikut ‘rentak’ pasaran, masa depan boleh kelam meskipun mempunyai deretan kelayakan,” katanya.

MSU sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi terunggul negara turut menekankan kepentingan modal insan dalam modul pendidikan serta diri pelajarnya.

“Ini sebagai elemen pendidikan terkini kerana MSU percaya, kejayaan graduan bukan hanya akan dinilai melalui pencapaian akademik semata-mata malah juga aspek kemampuan diri dalam memperkasakan modal insan.

“Ternyata pendekatan ini menghasilkan kejayaan optimum kepada graduan kerana berdasarkan soal selidik, 95 peratus diterima bekerja selepas enam bulan tamat pengajian kerana majikan yakin tahap kebolehpasaran mereka,” katanya.


INFO


MANTAN Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan modal insan sebagai landasan kecemerlangan generasi depan menjelang Wawasan 2020.

Modal insan merujuk kepada individu berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing bagi membentuk personaliti unggul.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial